7 Komponen Penting Dalam Membina Sebuah Website Catalogue Yang Nampak PRO, Dipercayai & Boleh Convert Lebih Banyak Trafik Kepada Jualan.

6 Julai 2021 - Oleh Lutfi Azhar

Image

1. Custom domain

Custom domain ni ibarat alamat website anda. Contohnya seperti shoppegram.com. Dengan custom domain, jenama anda akan nampak profesional dan lebih dipercayai berbanding dengan anda gunakan subdomain percuma seperti shoppegram.blogspot.com atau shoppegram.wordpress.com

Image

2. SSL certificates

Icon 'lock' ni sebenarnya adalah satu fungsi keselamatan mandatori untuk sebuah website ecommerce. Jika SSL tidak wujud pada website anda, pelawat akan menerima amaran yang website anda tidak selamat menyebabkan mereka tak jadi nak masuk website anda. Buat rugi duit ads je...huhu

Image

3. Logo

Ramai yang anggap logo tak perlu pada website. Untuk buat sales page ya mungkin tak perlu. Tapi untuk website catalogue, wajib ada logo jika nak website nampak proper dan profesional. Macam mana nak buat logo? Boleh guna Canva free untuk design logo sendiri atau hire designer di Fiver. Jika ada bajet lebih, boleh juga hire designer profesional. Harga logo bermula dari RM250 ke atas.

Image

4. Banner

Untuk catalogue website, cukup dengan maksimum 3 banner utama sahaja. New arrival, hot selling etc. Design banner amat penting untuk konsep overall look & feel sebuah website. Maksudnya bila pelawat masuk sahaja, mereka dah boleh tahu yang website ni berkenaan apa. Jika anda jual produk yang premium, design banner yang profesional sangat penting untuk buat prospek percaya dan convert. Investment yang sangat berbaloi dan juga salah satu sebab kenapa servis buat website harganya premium.

Image

5. Copywriting & assets

Bila kedai kita dibuat secara digital, maklumat yang lengkap adalah sangat penting untuk buat prospek membeli. Sekarang dah banyak orang buat website. Cuma kalau kita tengok kebanyakkan website yang amatur biasanya hanya letak info ringkas 2 3 line sahaja. Manakala website yang profesional lengkap dengan struktur seperti copywriting produk yang menceritakan tentang benefits, features, testimoni, technical description, guarantee, shipping dan lain-lain. Asset VIDEO & GAMBAR profesional juga sangat penting untuk nampak profesional dan lebih mudah dipercayai. Higher Trust = Higher Conversion.

Image

6. High converting checkout

Tak guna jika anda dah invest macam-macam dari masa, tenaga dan wang ringgit tapi flow checkout website anda tak convert. Pastikan anda atau minta orang lain cuba sendiri checkout website anda sebagai prospek. Di sini kita boleh kenal pasti apakah 'chokepoint' yang menjadi halangan pada prospek ketika waktu checkout. Sebagai contoh, pastikan prospek tak perlu daftar dahulu baru boleh beli. Cara yang lebih bijak. proses pendaftaran boleh dibuat secara auto SELEPAS prospek bayar dan menjadi customer. Lebih renyah proses ketika checkout, lebih rendah conversion rate.

Image

7. Speed matter

Jika kita buat website biasa yang tak ada trafik yang tinggi seperti website personal atau company profile, tak perlu gunakan hosting atau server yang high performance. Cukup shared hosting yang biasa. Tapi jika anda nak website anda boleh handle traffic yang tinggi seperti ada butik di Mid Valley (dulu-dulu la sebelum zaman sekarang  ), pastikan server anda tip top dan buat maintenance dengan baik. Website slow akan mengurangkan conversion rate. Selain dari performance, pastikan anda gunakan gambar yang dah dicompress. Untuk banner kurang dari 200kb, untuk gambar produk kurang dari 70kb.

 

Inilah asas 7 komponen penting yang web profesional buat untuk membina sebuah website ecommerce.


p/s: Jika anda nak belajar lebih mendalam lagi bagaimana cara PRO bina website eCommerce yang convert dengan pantas & mudah, boleh join Live workshop saya disini https://lutfiazhar.my